Saturday 30 July 2011

ular yang dikirim Allah

Pada satu ketika, pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. terdapat seorang lelaki yang meninggal dunia. Ketika jenazah itu sedang disembahyangkan, tiba-tiba kain kafan yang membalutnya bergerak-gerak.

Mereka terlihat seekor ular sedang membelit jenazah itu sambil memakan daging dan menghisap darah. Melihatkan kejadian itu, beberapa orang berusaha membunuh ular itu.

Apabila ular itu hendak dipukul, ular itu segera berkata,"Mengapa kamu hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan bersalah. Allah telah memerintahkan aku supaya menyeksa mayat ini sehingga hari kiamat."Kemudian Saidina Abu Bakar r.a. bertanya,"Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mayat ini?""Mayat ini telah melakukan tiga kesalahan iaitu apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu solat berjemaah, kemudian dia tidak mahu menunaikan zakat dan ketiga dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Inilah akibatnya." terang ular itu mengapa ia bertindak menyeksa mayat itu. Kejadian telah menginsafkan mereka yang berada di situ.





No comments:

Post a Comment