Thursday 29 December 2011

malaikat bersama mereka yang...


Beriman kepada malaikat adalah antara rukun iman.Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sangat beruntunglah mereka yang terpilih itu..Adakah kita mahu menjadi yang "terkecuali" daripada orang2x itu ??  InsyaAllah,sama2x kita berusaha untuk menjadi orang yang didoa malaikat..Mereka yang didoakan malaikat ialah :

1-Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya:
"sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah,ampunilah hamba-Mu si fulan kerna tidur dalam keadaan suci".

2- Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Raulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Tidaklah seorang antara kalian yang duduk menunggu waktu solat,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya :"Ya Allah ampunilah ia,sayangilah ia".

3- Orang yang berada di saf  depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang ) yang berada di saf depan."

4- Orang yang menyambung saf pada solat jemaah. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat pada orang yang menyambung saf".

5-Kalangan malaikat mengucapkan "amin"ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
"Jika seseorang imam membaca...(ayat terakhir al-fatihah sehingga selesai),ucapkanlah oleh kamu"amin" kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,dia akan diampuni dosaNya yang lalu".

6- Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia berada di dalam tempat solat,di mana ia melakukan solat."

8-Orang yang sedang bersahur.Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat pada orang2x yang bersahur."

9-Orang yang melawat orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :
"Tidaklah seorang mukmin akan menjenguk saudaranyakecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya dan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan diwaktu malam hingga subuh."


10-Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

11-Orang yang solat subuh dan asar berjemaah .


| semoga kita sentiasa mengUpgrade IMAN kita..insyaAllah |

Thursday 15 December 2011

ayatul kuRsi


Rasanya smua sedia maklum ayat kursi yang mana kan ? kalau terlupa boleh rujuk al-quran..surah Al-Baqarah ayat 255..kalau dah jumpa boleh terus hafal skali sebab banyak manfaatnya,insyaAllah.Untuk sesiapa yang dah hafal ..Alhamdulillah..kalau boleh amalkan lepas setiap kali solat fardhu..tak lama sangat pon..2-3 minit jaa..
Antara kelebihan yang orang yang baca ayat kursi setiap kali lepas solat fardhu :

Sabda Rasulullah :"sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardhu,Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah,pahala nabi-nabi,melimpahkan rahmatNya  dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang memasukkannya"
(Riwayat An-Nasai)

MasyaAllah,besar sungguh manfaatnya.Diharapkan lepas membaca hadis di atas kita sama-sama dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. ! InsyaAllah..

*tiada keupayaan dan pertolongan melainkan daripada Allah s.w.t*

Wednesday 14 December 2011

majlis zikir ..


Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Allah mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir,sebaik saja mereka menjumpai majlis2x zikir,maka mereka akan duduk dengan orang2x yang sedang berzikir serta memanggil malaikat2x lain untuk turut menyertai majlis zikir tersebut.Malaikat akan berkerumun mengelilingi orang yang sedang berzikir itu dengan sayap2x mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia ! MasyaAllah..hebat sungguh kuasa Allah :).
Sebenarnya sebarang majlis yang tujuannya mengingati Allah dikira majlis zikir..contoh macam kita dengar ceramah,tazkirah atau duduk dalam halaqah bincang pasal hal2x agama.. insyaAllah malaikat turut bersama kita.
Nak membuktikan lagi betapa beruntungnya orang2x yang berada di majlis zikir ini..orang yang lalu tanpa niat nak dengar ilmu2x itu pun dapat pahala..Subhanallah..inikan pula kalau kita yang berada dalam majlis zikir tu..
renungkan..Alhamdulillah..semoga Allah sentiasa membuka jalan untuk kita terus menerus mengingatiNya.. amin ^^"
tapi kalau di majlis ilmu kita dilarang untuk bersandar di mana2x tiang atau dinding..ermm..nanti kat akhirat malaikat cakar belakang badan kita..bila kita bersandar nampak macam kita tak menghormati majlis ilmu nih..bila bersandar dinding yang keras pon kita rasa macam katil empukk..lagi senanglah Syaitan nak kacau..

ilmu perlu dicari bukan dinanti (=
Kita juga ditegah daripada becakap-cakap kosong dalam majlis ilmu nii..Lebih baik kita tidur daripada mengganggu orang lain nak mencari ilmuu..tapi jangan la pulak lepas nihh di majlis ilmu kita selalu tidur sebab dah cakap lebih baikk tadii..bukan tu nakmenunjukkan kalau kita tak nak dengar ilmu yang orang lain nak sampaikan, biarlaa kita sorang jaa..jangan ajak orang lain sekalii..

insyaAllah kita amalkan sama-sama..

Sunday 11 December 2011

rezki Allah

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

selalu tak dengar dialog nii :

"kenapa laa aku tak pandai macam dia"

"kenapa laa aku tak kaya macam dia"

"muka aku nih tak cantik macam kau"


............selalu kan ? kadang2x kita sendiri pon pernah tuturkan kata2x macam tu..
hal ini biasanya akan terjadi kalau kita selalu mengeluh nasib kita sendiri dan terlampau mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain..ya ! memang tak salah kita nak kagum dengan orang lain tapi jangan sampai kita hilang rasa syukur dengan apa yang kita ada ..!

Sebagai seorang muslim kita sebenarnya dilarang untuk menyesali nasib,apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah.Anggap saja itu semua adalah ujian..jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah bagi memang tak ternilai..Kita pon selalu dengar kan..yang Allah uji hamba2xnya sebab Allah sayang..lagi berat ujian lagi Allah sayang ^^"
teringat satu riwayat nii ...

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padaNya kerana aku ingin mendengar rintihannya,"
(HR.Thabrani dari Abu Umamah)

kecewa ?? bohong sangat kalau ada orang kata dia tak pernah tahu apa itu rasa kecewa.Memang benar ,sesuatu yang baik kita harapkan tapi yang datang adalah sebaliknya...mesti kita rasa kecewa..
tapi kan cuba kita fikir..renung..mungkin benda tu sebenarnya tak baik untuk kita..insyaAllah..ada yang lebih baik sedang menanti.

macam mana nak rasa syukur..teringat pada satu hadis ini:
Daripada Abu Hurairah katanya,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi.Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu"
(Riwayat Bukhari)

tapi untuk student2x,mahasiswa-mahasiswi..kalau kita nak berjaya kita kena tengok orang yang berada atas pada kita..cuba kejar supaya kita pon berjaya macam dia..kalau dah usaha tapi tak dapat..tidak mengapa..mungkin suatu masa kejayaan pasti tiba :)


*semoga dapat sama-sama kita beramal*


bukan kerana kos ..

ASSALAMUALAIKUM :)

ermm,,pagi yang dingin nihh...belek2x "mukabuku" dan scara x sengaja dpat la satu ceritaa nihh..memangg kena laarrr student2x..mahasiswa dan mahasiswi..sedikit adjusting..penggunaan bahasa kedah :)



kisahnya begini :

Ada la tiga orang sahabat nihh..mereka belajar dlam universiti yang sma tetapi berlainan kos..

A-kos agama (syariah,alquran sunnan,usuluddin), B-kos perkaunan dan C-kos sains kemanusiaan


Suatu hari,si B mengajak sahabat2x baiknya itu pergi makan...Semasa nak makan..~


A:jom baca doa dulu
B: hang la baca doa A,hang kan kos agama.
C: Ha'aa ! stuju...
........lalu si A pon bacalah doa

Begitulah yang berlku seterusnya.Setiap perkara yang dibuat semestinya si A yang kena ketuai,atas dasar si A mengambil "KOS AGAMA"

Sampai satu ketika,di sebuah restoran,semasa buka puasa.....

A: Ok,sekarang  B,hang pulak yang baca doa..
B: Tak mauu aku..hang la baca..hang kan kos agama..lebih afdhal.tak pon hang laa (B tunjuk C)
C: Eh, awat aku yang pulakk ?? Hang la A..hang kan kos agama..Takkan tak boleh kott ^^"

Lalu si A pon menjawab : (sambil senyum ^_^ )..tak pa laa..biaq aku yang baca..dekat akhirat nanti aku sorang ja nak kena hisab kan ?? ok jaaa...^^"
B & C :Errrrrr....?

DI HARI LAINNYA :******

A: Jom dengaq tazkirahh !!!!
B: Ermm.. tak pa la..hang pi sorang ja laa..hang kan kos agama.Aku nii kalau tak pi pon tak paa..aku budak biasa jaaa..
C:Betoi gak tuu..lagipon aku nak buat assignment aku ni..hehehe...lebih afdhal kalau ang ja pi..lagipon ada kaitan dengan kos hang kan ??

Jawab si A: ermmm...boleh aku cakap sikit ?? (sambil senyum ^_^)

Kenapa hampa dua selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambik ? adakah kat akhirat nanti ALLAH menghisab kita ikut kos apa yang kita ambik ? Cara hampa cakap macam orang2x yang ambikk "kos agama" saja yang kena hisab...

Maksodnya orang kos agama macam aku ni saja yang akan masuk syurga ??macam tu ??

Benda baik yang kita nak buat bukan atas dasar apa2x pon..segala kerja buat kita mesti kerana Allah..habis?? hampa dua tak mauu kutip pahala ?? x mau kumpul amalan2x untok bekalan akhirat nanti ??

(sambil tersenyum dia sambung kembali)
.....Aku ambik kos nih pon bukan sebab aku "top" dalam bab2x agama..tapi aku pon tak berapa nak pandai..alhamdulillah..rezki Allah bagi..aku apply kos niii..

Aku tak penah nak perlekeh hampa dua sebab tak ambikk kos agama..sebab apa2x kos pon yang kita ambikk tapi atas dasar kesungguhan dan niat kita kerana Allah,insyaAllah ada penilaian disisi Allah..
Hampa dua jangan rasa rendah diri sampaii kann peluang nak kutip pahala pon ampa sia-siakan..

Ingatlah sahabat,kita ni orang ISLAM.amalan2x kita memang menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah..Ada jugakk orang yang ambikk kos agama masih kurang ilmunyaa,dan hampa jangan lupa ada jugak orang yang amek kos lain selain agama ,banyak ilmunya...Tapi bukan tu yang Allah nak nilai..Allah nak nilai sejauh mana kita usaha untuk mencapai keredhanNya..Kalau ada ilmu tak amal sama jaa macam pokok tak berbuahh??  betoii dak ??  (si A menamatkan tazkirah ringkasnya dengan senyuman ^^")

B menitiskan air mata dan C pula tertunduk malu...
si A menghampiri kedua sahabatnya...

A: aku mintak maap andai apa yang aku kata tadi menyakitkan hati ampa dua..aku nak kita masuk syurga sama2x..bersahat duniaakhirat? bolehh ?

B&C : ang tak payah mintak maap..kami dua yang salah..terima kaseh banyak2x ats peringatan hang tadi..kalau tak sampai bila2x pon kami dok macam nii..x berubah-ubah...kami dua paling beruntungg sebab ada sahabat macam hangg 

.......mereka berpelukan...

syukur alhamdulillah,kau telah sedarkan mereka ya Allah (detik suara hati si A)..



di harapkan cerita diadaptasi daripada arena kehidupan ini memberi impak dalam diri pembaca2x sekalian..jangan biarkan pahala berlalu pergi,tapi sama-samalah kita kejar untu meraih firdausi..insyaAllah..
tiada keupayaan dan pertolongan melainkan daripada Allah s.w.t