Friday 22 June 2012

al-mulkk !

 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
 
apa khabar semuanyaa ? smoga sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan keredhaan Allah. amin .
 tiba-tiba malam ni tringat kat asrama yang nun jauh dsnaa..
x laa jauh sngat .KULIM -----> BALING.
1 hours somethingg ~ hehe,
 
ari nih nak crita sket psla surah al-mulk.sbab tu yang tringat sngat kat asrama nihh,
klu dkat asrama mesti stiap malam ada adek-adek yang akan bca surah al-mulk. gna microphone then trus ke speaker maka bergemalah bacaan al-mulk itu ~~ 
 
mungkin ramai yang terperasan dengan surah nihh.mungkin laa.pndapat khilaf :)
apa pon kat sni nak share ,
 
 
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
 
 ***************************
 
hemm? mcam mna ? ada kesan or x terkesan ? tepuk dada tanya iman..
smoga hidup hari mendatang akan menjadi lebih baik dari hari2x yang tak akan datang :)
 
****** sekian..
wasalamullahi'alaikum ..jazakallahukhairankasiran..asif a'lakulli hall 

Sunday 3 June 2012

update :)





semoga sentiasa bahagia dlam rahmat dan kaih syangNya .
rsa dah lama sngat blog nih tak berupdate. bersawang dah pon. tadi ada terbaca blog sahabat , dya crita pasal "mkan daging"..
mula2x bca tjok tu ingatkan psal khasiat mkan daging ka,pntang larang dging ka....
rupa-rupanya dya crita psal "mngumpat".. kan ada ayat quran sebut..kalau kita mengumpat tu umpama kta mkan daging saudara kita sniri..mentah-mentah lagiii..
sanggoppkaahh ? 
dlam entri tu jgak ada bgtau sbnarnya , pengumpat tu sebenarnya sedekahkan pahala dya dkat org yg di umpatnya..masyaAllahh..
skali lagii ~ sanggoooppkahhh ?
*tepuk dada tanya iman :)

okey ! sja nak kongsi psall mngumpat nihh..moga ada manfaat walau sikit :)

haaaa...ni tadi msa tngah berfacebook terjumpa laa satu crita nihh..subhanallah ~

 

PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

| semoga crita ini ada manfaatnya. barakallahufikum |

Friday 11 May 2012

kak A'

 
 how are you ? -alhamdulillah-
 
ok . tadi da terbaca satu blog . blog senior ! x -student laa skrang .
 
kat blog tu ada la , kak A tu crita psal tawaran yang dya dpat..masyaAllah..result dya gempak kot :)
 
*taniah-taniah*
 
ok ! kak A kta dya bkan nak riak , tp dya nak bagi inspirasi kat smuaaa (=
 
mantappppp...mmg mengINSPIRASIkan !
 
sronoknyaaa..smpai tak tau nak pilih yang mna~~
 
luar negara pon dapat..dlam negara apatah lagii..

apaapapon tahniah lagii skalii "kak A"

ermmm..kak A dah dpat apa yg dya nakk..

saya ?
 

insyaAllah..x telambat lagi kot !

ya Allah..kuatkanlah smngt aku untuk tros menimba ilmu keranaMu.
berkatilah ilmuku..jauhilah aku dr sifat malas..
kuatkan daya ingatanku..

'sesungguhnya solatku.ibadahku,hidup dan matiku hanyalah untuk Allah'
|amin|

Thursday 12 April 2012

uhibbuki





panjatkan kesyukuran ini pada yang maha Esa kerana masih diberi pinjam hayat ini.bersendirian tanpa adek bradek yang laen..abang di alor star, kakak di negeri sembilan,adek di perak...sangat sunyii :')

gegendang tlinga di temani alunan sayu ~sebuah pengakuan .


tetibaa tringat suasana masa zaman budak2x dulu..smua blajaq satu skolah yang sma..mcam2x prangai..

tapi skarang smua daah lain..masyaAllah.. sedeyh ! hanya Allah yang tahu.


sedang melayan prasaan ~ tetiba tringat arwah pak lang...ya Allah..tempatkan arwah dalam kalangan orang2x yang beriman. amin..

tak sempat pon tengok arwah..kadang2x rasa macam pak lang ada lagi ...tp..alhamdulillah..pak lang pegi dalam keadaan baik..smoga kita juga diizinkan allah untuk pulang dlam keadaan husnul-khatimah ..amin.



|jazakallahukhairankasiran|


Thursday 15 March 2012

makan ramairamai



"makan ramai-ramai nih selera bertambah pulak yer!"..slalu dengar atok ngan opah cakap macam nihh kalau balek kampong..*tringat plak*..ok..sebenarnya,makan berjemaah nihh memang ada barakah..insyaAllah..tp make sure apa yang kita hidang tu halal..bersih dan cukop syarat..kalau makan jemaah tp tak ckop syarat ..mcam mna nak dpat barakah? kan ?kan?

 Sebagai kaum muslimin kita dianjurkan untuk berkumpul menghadapi hidangan dan makan secara berjemaah berdasarkan hadis ini :
“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.Dia menjawab: Benar ya Rasulullah.Rasulullah berkata:

Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.


Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu akan membuatkan orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas)dan juga tidak mendapatkan kecukupan Kerana kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi SAW:

“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).



~semoga menjadi amalan~
| lahaula wa laquwwata illa billahila'liyyila'zim |

Sunday 11 March 2012

inspirasi buat para dai'e


Seorang Sheikh telah mendapat jemputan ceramah agama dari sebuah perkampungan yang letaknya sejauh 400km.  Untuk tidak menghampakan penganjur dan penduduk setempat, maka Sheikh tersebut pun bersetuju untuk datang ke perkampungan itu.

Sampai sahaja di perkampungan tersebut, beliau telah disambut oleh seorang lelaki yang merupakan penganjur kepada program ceramah yang diadakan.  Si Sheikh agak terkejut dengan penampilan lelaki itu.  Bukan sahaja pakaiannya tidak sesuai dengan majlis ilmu, malah tangannya pula asyik memegang puntung rokok yang berasap.  Si Sheikh dapat mengagak latar belakang penduduk perkampungan itu dengan melihat kepada peribadi lelaki penganjur itu.  Jika si penganjur majlis agama pun sudah macam itu, tentu agaknya penduduk lain lebih kurang macam itu atau lebih teruk lagi.

Betullah anggapan si Sheikh itu.  Tidak sampai 15 minit ceramah disampaikan, penduduk yang hadir dalam majlis ilmu tersebut mula bercakap sesama sendiri.  Ada yang tidur.  Ada yang keluar dan masuk.  Dan malah ada yang mula menghisap rokok.  Situasi ini amat tidak menyenangkan si Sheikh itu.  Sudahlah datang dengan memandu sejauh 400km untuk memberi ceramah, begini pula layanan para penduduk kepada beliau.  

Selesai ceramah, si Sheikh pun pulang dengan sedikit hampa.  Dalam hatinya berkata, “selepas ini memang aku tak datang dah ke sini…”

Setahun berlalu.

Tiba-tiba si Sheikh itu menerima panggilan dari seorang lelaki untuk menjemput beliau untuk memberi ceramah.  Suara dan gaya percakapan lelaki tersebut dapat dicam oleh si Sheikh itu.  Lelaki yang sama yang menjemput beliau ke perkampungan yang terletak 400km itu.  Sheikh tersebut masih ingat.

Walaupun Sheikh itu telah mengatakan bahawa beliau tidak akan lagi ke kampung itu kerana terlalu jauh, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan ada perubahan selepas setahun berlalu.  Si Sheikh itu pun bersetuju untuk hadir memenuhi jemputan ceramah agama tersebut.


Sampai sahaja di kampung itu selepas pemanduan sejauh 400km, lalu Sheikh itu disambut oleh lelaki yang menelefon beliau dengan mesra.  Rupa-rupanya lelaki tersebut masih tidak berubah.  Masih dengan penampilan seperti setahun yang lalu dan juga dengan rokok di tangannya.  Si Sheikh menguatkan semangat beliau untuk memberikan ceramah.

Selepas 20 minit ceramah, perkara yang sama berlaku.  Iaitu ada bercakap sana-sini.  Ada yang tidur.  Ada yang mundar-mandir di dalam majlis ilmu dan ada juga yang menghisap rokok.  Tidak berubah dari tahun yang lalu.  Si Sheikh berasa sedikit kecewa namun ceramah tetap diteruskan demi untuk menyampaikan dakwah.

Seperti biasa, selepas ceramah lalu diadakan sesi soal-jawab.  Hanya 3 soalan diajukan.  Ini menggambarkan betapa tidak berminatnya penduduk tersebut dengan majlis ilmu yang beliau telah sampaikan.  Mengikut kebiasaan, biasanya di mana-mana pun beliau berceramah, banyak soalan diajukan dan ia menandakan betapa seronoknya pendengar dengan majlis ilmu.  Tetapi di sini hanya 3 sahaja.

Walaupun agak kecewa dengan layanan penduduk terhadap beliau yang datang dari jauh, namun setelah membaca salah satu surat dari pendengar yang mengajukan soalan, kekecewaan beliau terubat.  Beliau kembali semakin bersemangat dan tersenyum.  Kandungan surat itu berbunyi:

“Sheikh, demi ALLAH, saya tidak pernah meninggalkan walau satu hari pun solat sunnat Witir sejak setahun lepas selepas saya mendengar Sheikh menceritakan tentang solat Witir dalam ceramah yang tuan Sheikh sampaikan tahun lalu.”

ALLAHU AKBAR!

Rupa-rupanya ada juga insan yang mengambil manfaat atas apa yang beliau telah sampaikan.  Walaupun persoalan solat sunnat Witir itu cuma salah satu daripada banyak perkara yang beliau telah sentuh dalam ceramah, tetapi apabila mendapat tahu bahawa ada orang mengamalkannya asbab dari ceramah tersebut, malah orang itu istiqamah pula, ia cukup menggembirakan Sheikh tersebut.

Selepas peristiwa itu, si Sheikh cuba untuk membuangkan perasaan kecewa atau hampa akibat dari layanan para pendengarnya.  Mengingati peristiwa tersebut membuatkan beliau sentiasa bersemangat untuk menyampaikan dakwah walau sejauh mana pun tempat itu dan bagaimana pun layanan masyarakat setempat.

Ternyata, dalam ramai-ramai orang kampung itu, walaupun majoriti tidak memberikan perhatian, namun di sana tentu ada orang yang menyambut seruan dakwah.  Kalau tidak ramai, seorang pun sudah cukup.  Memang suatu yang menggembirakan buat pendakwah jika mengetahui apa yang disampaikannya diamalkan oleh para pendengar yang hadir.



*masyaAllah..harap-harap para dai'e dapat inspirasi untok tak rasa jemu atau  rasa dakwah kita tu keja yang sia-sia.memang banyak liku-liku..bkannya sikit tp masyaAllah...kena perli..kena pulau..tp mna taw..dlam bnyak2x bnda kta kna..ada  jgak nasehat kita yang org lain amalkan.. insyaAllah...kta pon dpat saham..insyaAllah...amin..amin..

~sekian..moga ada manfaatnya~

five flOwer laKE .





The Five Flower Lake terletak di tengah-tengah Jiuzhaigou, China. Tasik ini terhasil daripada letusan gunung berapi. Jika terkena pancaran matahari, warnanya akan berubah menjadi warna yang pelbagai. Kadang-kadang ia akan bertukar kepada kuning, kadang-kadang ia bertukar kepada hijau tetapi pada kebanyakan masa ia hanya kelihatan warna biru yang jernih.

Five Flower Lake ini adalah sangat unik ke
rana pada sekitar tahun 1890an, wilayah Jiuzhaigou pernah mengalami cuaca panas dan kering dalam tempoh yang agak lama, namun air di Five Flower Lake masih penuh walaupun Panda Lake iaitu sebuah tasik di hulu telahpun menjadi kering. Lebih unik lagi, air tasik Five Flower Lake juga direkodkan tidak membeku pada musim sejuk walhal terdapat tasik lain di Jiuzhaigou yang semuanya membeku semasa musim sejuk.





FIVE FLOWER LAKE CHINA... subhanallah..kuasa ALLAH*