Sunday 31 July 2011

terawih



alhamdulillah...dpatt jgakk pi terawwiihh tadii..walauponn ada msalhh teknikall skett..watt ?? apa ?? blackoutt laaarr ~..smayangg dlam glappp..huhh..tringatt surauu smkabb..tpp kn sbnaaqqnyaa aq nakk critaa yang aku teringatt sngat kat ustaz baharomm yang penah mngajaqq aku "tajwid" msa klass fardhu ainn dlu..dia jgakk mrangkapp imam masjidd... klu dngaqq beliauu bcaa quraann..mmgg larr..terbaeekkk..tapi ton nihh..smua warga pndudokk tman slasihh takkan dpat dngaq dahh sora merdu beliauu ituu ...sebabnyaa? sebab...sebab..beliau telah kembali ke rahmatullah..iskk.iskkkk...sedyyhh sngat2x...tak sngkaa lngsongg..nmpakk beliauu sihatt jaa..p masjidd nek moto..hemm..skrgg x nmpak dahh..knangan shaja..yaAllah..rahmatilah roh beliauu dan tempatkanlahh beliauu dlam klangan org2x yang solehh..amiinnnnn...smuaa aminn cpatt !! hehe..tu yang first..second plakkk...aku teringat kwan2x sepermainan dlu2x..hemm,,,sdeyhhnyaa..tgokk klass..bilikk wudhukk..masjidd...yaAllah..mmg bnyakk memorii..tapi smua tuu skrng jadi knangan yang pasti akn slaloo aku sematkan dlamm atma dan nuranii inii..bersyukurr ke hadratt rabbulizzah kerana memberi aku peluang untuk menimba ilmu dan mengenali kawan2x di sekolah pengajian fardu ain masjid al-muttaqin taman selasihhh..untokk ustazustazah..jasa kalian akan ku kenang hingga akhir hyatt...insyaAllah..amin..aminn...ya rabbal a'alaminn.....








Love Just The Way You Are, Muslimah

Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!
I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

hAdiAh sAyA.....mAnA ???

tajokk..kemainn lagii..saspennn..apa benda laa tuu..critaanyaa mcamm nih..ari tu aku ada la dpatt hadiahh besdayy..then..aq simpann laa dlamm begg skola sbb nak bwakk blekk rumahh..sblomm aku nak kemass beg kawan sbelah aku kata yang begg dyaa kan prosekk..and dya pon ada ilangg somethinngg jgakk..huhhh...lepas tuu.aku pon checkk laa beg akuu....rosekk punyaa rosekk...ha ?? mana hadiah aku..smua classmate tengokk akuu..huhh..kagett kott..sorii ampaa semuaa !! hehe..yaAllah !! sdeyhh sngatt...Allah jaa yang tauu..ya larr..adiah tu balott elokk lagii..comelll sjaaa..iskk..iskk..naseb bek blehh controll..seriess sedeyhh... tak pa2x..aku pon mintak kwan2x carikk...tetiba kwan aku pnggil..."dayah..nih ka hadiah tuu ??"...pantas aku menolehh...cewahhhh....
"ha...yang tu hadiah aku"..aku pon pi terpaa dyaa....Alhamdulillah..syukurr...tp kann.."dya" dahh koyakk pembalott ngann kotakk dyaa,,,hemm~~ tak pa laarr..asalkan hadiah tu ada walaupon tersorok dekat rakk..hemmm...bnda nihh menyedarkan aku untokk tak letakk bnda2x bharga dlamm klass..Alahmdulillah !!



mArAh , Angry !!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: ”Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: ”Jangan kamu marah..”Bukhari..





Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka (iaitu): Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Saturday 30 July 2011

siapa tahu nilaian Allah


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”(Muslim)



Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan.

Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim).

 Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu.

 Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T.

tepuk dAdA ..tAnyA imAn ;)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
......

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....





ular yang dikirim Allah

Pada satu ketika, pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. terdapat seorang lelaki yang meninggal dunia. Ketika jenazah itu sedang disembahyangkan, tiba-tiba kain kafan yang membalutnya bergerak-gerak.

Mereka terlihat seekor ular sedang membelit jenazah itu sambil memakan daging dan menghisap darah. Melihatkan kejadian itu, beberapa orang berusaha membunuh ular itu.

Apabila ular itu hendak dipukul, ular itu segera berkata,"Mengapa kamu hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan bersalah. Allah telah memerintahkan aku supaya menyeksa mayat ini sehingga hari kiamat."Kemudian Saidina Abu Bakar r.a. bertanya,"Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mayat ini?""Mayat ini telah melakukan tiga kesalahan iaitu apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu solat berjemaah, kemudian dia tidak mahu menunaikan zakat dan ketiga dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Inilah akibatnya." terang ular itu mengapa ia bertindak menyeksa mayat itu. Kejadian telah menginsafkan mereka yang berada di situ.





cinta allah cinta hakiki

Apa diharap padi di seberang, entahkan masak entahkan tidak, 
Apa diharap kasihnya orang, entahkan sayang entahkan tidak..




Bukan tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."


Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita. 


Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)




puAsA..


pejam celik pejamm celikk ...kita semuaa dahh sampaiii dahh bulan puasaa..or dalam islamm kita panggil sebagaii bulan ramadhan...nabi pon ada kata yang bulan ramadhan nih bulann untokk umatt baginda.. sapa ???? kita larr...banyak amalan2x yang kita boleh buatt...contohnyaa baca quran kaa...tadaruss qurann kaa...eh ? eh ? apa beza tadarus ngan baca quran ?? maii nakk habaqq..baca qurann nihh kita bca sniri2x...tp klu tadaruss kita baca and ada orang semakk..tu larr bezaanyaa...tadarus nih selamatt skett larr..whatt ?? reason ?? ya lar..kan orang semakk msaa kitaa bcaa...klu slahh dia bolehh tegoqq...tp kluu bcaa sorangg2x kta x kann rasa bacaan kita tu slahh...hehe..copy paste kata2x ustazz zurinn ..hemmm...tahonn nihh mcammm besa larr aku kena posaa kat asramaa..bagi akuu bestt larr..macam2x boleh buatt..kalau kat rumahh banyaknyaa tengokk tibi larr  tak pon mengadap laptop nihh...hehe..tapi sedehh gakk larr...dlu kalau bulan posa..ada abang aku..kakak aku skali..skarangg nihh semua dokk jauhh...heee...seremban and aloq staqq .. jauhh kn ?? yang tinggai aku ngan adek jaa larr...nnt klu aku blekk asrama..tinggaii laa adekk aku sorangg..huhuhu...mcam anak tunggai laa !! haha...ishh..ishh...mlalott dah nih...ha..kalau bulan posa kat asrama la kann..sahorr mcam besaa laa tapii mkanan mmang bestt..terbaeekk..bgi aku lar..lagi satu masa blan posa nihh "more" ponn bestt...ada laksa..mee kuah and mkanan2x yang depa  penah buat kat bulan2x lenn..hemm~~ ayaq pon wrna-warni jaaa..tp aku tak kesahh sangat laa bnda2x tuu..yang pentingg aku harap sepanjangg bulann ramadhan aku and ampa semua bolehh tingkatkan amal ibadatt..camna  ?? boleh ?? insyaAllah !!! and semoga semua amalan tuu istiqomahh...constant and konsisten...okeyy..akhirr kalam..aku nak mintakk maaf banyak2x kat spa2x yang akupenah buat salah..and selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakahh inii ... marhaban ya ramadhan



syAitAn tolong ???

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..


bahang 2012

exam ?? hemm... spm 2012 !! taon dpann kot ! huhh..aku tengok kak2x fom5 dorm aku smua struggle laa..pi prep awaii...tdoqq ponn lmbatt..pastu setiapp masaa ada jaa klass..tahon nihh siap ada kuliahh lagi kat dewan utama..kononnya mcam universiti lar ..hehe... blajaq ramai-ramai..hemm..jumaat sabtu pon tak boleh nak rilekkss...ya lar..kan ada klass...kadag2x aku tengokk pon takott..mcam manaa larr aku tonn dpan..masa pmr..kak2x kta snangg..study lmbat2x pon blehh skorr...tp untok spm nih aku tak dngaq laa plakk ada kak2x maii habaq mcam tuu...kompom larr spm tu bkann snangg nak skor mcamm pmrr dluu nihh..gerunnyaa dengaqq !! then,,subjekk pon bnyakk yang nak kan mnghapaii..huhhh...mind set "insyaAllah boleh"...klu awai2x lagi pikiaq ssah..mmg ssah snggoh laa nnt..apa2x fikiran mesti positiff...cewaahhh !!!! hahaha...tak pa larr....tu motivasi untuk aku..ha lagi satuu...bnda pentingg untokk aku and smuaa kwan2x..kejarr cita2x dulu..bru kjarr cintaaa...okk ?? !!haha..







5 syArAt nAk buAt mAksiAt

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


nur :)

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama
 seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan

mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.


Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."