Thursday 15 March 2012

makan ramairamai



"makan ramai-ramai nih selera bertambah pulak yer!"..slalu dengar atok ngan opah cakap macam nihh kalau balek kampong..*tringat plak*..ok..sebenarnya,makan berjemaah nihh memang ada barakah..insyaAllah..tp make sure apa yang kita hidang tu halal..bersih dan cukop syarat..kalau makan jemaah tp tak ckop syarat ..mcam mna nak dpat barakah? kan ?kan?

 Sebagai kaum muslimin kita dianjurkan untuk berkumpul menghadapi hidangan dan makan secara berjemaah berdasarkan hadis ini :
“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.Dia menjawab: Benar ya Rasulullah.Rasulullah berkata:

Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.


Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu akan membuatkan orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas)dan juga tidak mendapatkan kecukupan Kerana kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi SAW:

“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).



~semoga menjadi amalan~
| lahaula wa laquwwata illa billahila'liyyila'zim |

Sunday 11 March 2012

inspirasi buat para dai'e


Seorang Sheikh telah mendapat jemputan ceramah agama dari sebuah perkampungan yang letaknya sejauh 400km.  Untuk tidak menghampakan penganjur dan penduduk setempat, maka Sheikh tersebut pun bersetuju untuk datang ke perkampungan itu.

Sampai sahaja di perkampungan tersebut, beliau telah disambut oleh seorang lelaki yang merupakan penganjur kepada program ceramah yang diadakan.  Si Sheikh agak terkejut dengan penampilan lelaki itu.  Bukan sahaja pakaiannya tidak sesuai dengan majlis ilmu, malah tangannya pula asyik memegang puntung rokok yang berasap.  Si Sheikh dapat mengagak latar belakang penduduk perkampungan itu dengan melihat kepada peribadi lelaki penganjur itu.  Jika si penganjur majlis agama pun sudah macam itu, tentu agaknya penduduk lain lebih kurang macam itu atau lebih teruk lagi.

Betullah anggapan si Sheikh itu.  Tidak sampai 15 minit ceramah disampaikan, penduduk yang hadir dalam majlis ilmu tersebut mula bercakap sesama sendiri.  Ada yang tidur.  Ada yang keluar dan masuk.  Dan malah ada yang mula menghisap rokok.  Situasi ini amat tidak menyenangkan si Sheikh itu.  Sudahlah datang dengan memandu sejauh 400km untuk memberi ceramah, begini pula layanan para penduduk kepada beliau.  

Selesai ceramah, si Sheikh pun pulang dengan sedikit hampa.  Dalam hatinya berkata, “selepas ini memang aku tak datang dah ke sini…”

Setahun berlalu.

Tiba-tiba si Sheikh itu menerima panggilan dari seorang lelaki untuk menjemput beliau untuk memberi ceramah.  Suara dan gaya percakapan lelaki tersebut dapat dicam oleh si Sheikh itu.  Lelaki yang sama yang menjemput beliau ke perkampungan yang terletak 400km itu.  Sheikh tersebut masih ingat.

Walaupun Sheikh itu telah mengatakan bahawa beliau tidak akan lagi ke kampung itu kerana terlalu jauh, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan ada perubahan selepas setahun berlalu.  Si Sheikh itu pun bersetuju untuk hadir memenuhi jemputan ceramah agama tersebut.


Sampai sahaja di kampung itu selepas pemanduan sejauh 400km, lalu Sheikh itu disambut oleh lelaki yang menelefon beliau dengan mesra.  Rupa-rupanya lelaki tersebut masih tidak berubah.  Masih dengan penampilan seperti setahun yang lalu dan juga dengan rokok di tangannya.  Si Sheikh menguatkan semangat beliau untuk memberikan ceramah.

Selepas 20 minit ceramah, perkara yang sama berlaku.  Iaitu ada bercakap sana-sini.  Ada yang tidur.  Ada yang mundar-mandir di dalam majlis ilmu dan ada juga yang menghisap rokok.  Tidak berubah dari tahun yang lalu.  Si Sheikh berasa sedikit kecewa namun ceramah tetap diteruskan demi untuk menyampaikan dakwah.

Seperti biasa, selepas ceramah lalu diadakan sesi soal-jawab.  Hanya 3 soalan diajukan.  Ini menggambarkan betapa tidak berminatnya penduduk tersebut dengan majlis ilmu yang beliau telah sampaikan.  Mengikut kebiasaan, biasanya di mana-mana pun beliau berceramah, banyak soalan diajukan dan ia menandakan betapa seronoknya pendengar dengan majlis ilmu.  Tetapi di sini hanya 3 sahaja.

Walaupun agak kecewa dengan layanan penduduk terhadap beliau yang datang dari jauh, namun setelah membaca salah satu surat dari pendengar yang mengajukan soalan, kekecewaan beliau terubat.  Beliau kembali semakin bersemangat dan tersenyum.  Kandungan surat itu berbunyi:

“Sheikh, demi ALLAH, saya tidak pernah meninggalkan walau satu hari pun solat sunnat Witir sejak setahun lepas selepas saya mendengar Sheikh menceritakan tentang solat Witir dalam ceramah yang tuan Sheikh sampaikan tahun lalu.”

ALLAHU AKBAR!

Rupa-rupanya ada juga insan yang mengambil manfaat atas apa yang beliau telah sampaikan.  Walaupun persoalan solat sunnat Witir itu cuma salah satu daripada banyak perkara yang beliau telah sentuh dalam ceramah, tetapi apabila mendapat tahu bahawa ada orang mengamalkannya asbab dari ceramah tersebut, malah orang itu istiqamah pula, ia cukup menggembirakan Sheikh tersebut.

Selepas peristiwa itu, si Sheikh cuba untuk membuangkan perasaan kecewa atau hampa akibat dari layanan para pendengarnya.  Mengingati peristiwa tersebut membuatkan beliau sentiasa bersemangat untuk menyampaikan dakwah walau sejauh mana pun tempat itu dan bagaimana pun layanan masyarakat setempat.

Ternyata, dalam ramai-ramai orang kampung itu, walaupun majoriti tidak memberikan perhatian, namun di sana tentu ada orang yang menyambut seruan dakwah.  Kalau tidak ramai, seorang pun sudah cukup.  Memang suatu yang menggembirakan buat pendakwah jika mengetahui apa yang disampaikannya diamalkan oleh para pendengar yang hadir.



*masyaAllah..harap-harap para dai'e dapat inspirasi untok tak rasa jemu atau  rasa dakwah kita tu keja yang sia-sia.memang banyak liku-liku..bkannya sikit tp masyaAllah...kena perli..kena pulau..tp mna taw..dlam bnyak2x bnda kta kna..ada  jgak nasehat kita yang org lain amalkan.. insyaAllah...kta pon dpat saham..insyaAllah...amin..amin..

~sekian..moga ada manfaatnya~

five flOwer laKE .





The Five Flower Lake terletak di tengah-tengah Jiuzhaigou, China. Tasik ini terhasil daripada letusan gunung berapi. Jika terkena pancaran matahari, warnanya akan berubah menjadi warna yang pelbagai. Kadang-kadang ia akan bertukar kepada kuning, kadang-kadang ia bertukar kepada hijau tetapi pada kebanyakan masa ia hanya kelihatan warna biru yang jernih.

Five Flower Lake ini adalah sangat unik ke
rana pada sekitar tahun 1890an, wilayah Jiuzhaigou pernah mengalami cuaca panas dan kering dalam tempoh yang agak lama, namun air di Five Flower Lake masih penuh walaupun Panda Lake iaitu sebuah tasik di hulu telahpun menjadi kering. Lebih unik lagi, air tasik Five Flower Lake juga direkodkan tidak membeku pada musim sejuk walhal terdapat tasik lain di Jiuzhaigou yang semuanya membeku semasa musim sejuk.





FIVE FLOWER LAKE CHINA... subhanallah..kuasa ALLAH*



Saturday 10 March 2012

aZaziL


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut Az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah Al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfuz, namanya ialah Iblis.
Dia (Iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu Iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah”. Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki”. Oleh kerana Iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun Iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Setelah diusir, maka Iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaanMu”. Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum”. Berkata Iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku”. Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah”.


Berkata Iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku”. Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka”. Tak ada yang dijanjikan Iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.

Friday 9 March 2012

B4 sleeP



Amalkan 4 perkara sebelum tidur, insyaAllah anda bangun tidak memerlukan jam loceng.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :


1. Sebelum khatam Al-Qur'an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah r.a : "Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur, bacalah :

-> Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

-> Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

-> Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

-> Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".


"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"

~moga ada manfaatnya~