Sunday 28 August 2011

nur~huda~rahmah~mubin


Kita tahu AL-QURAN adalah mukjizat kepada Rasullah.
“Telah datangnya Al-QURAN sebagai petunjuk ke jalan Allah dan membawa khabar gembira kepada orang-orang yang soleh”.

Khabar gembira kepada mereka yang soleh.Siapa orang yang soleh itu?
  •       Orang melakukan segala suruhan ALLAH
  •       Orang yang meninggalkan segala laranganNYA..Kerana takut yang tidak terhingga.

Bacalah AL-QURAN pada awal hidupmu..Biarlah ayat suci itu menjadi penyeri pagimu wahai sahabat-sahabatku. Fahamilah dan semailah ayat ini “Sesungguhnya datangmu Al-quran, datangnya cahaya”..

5 tuntutan/hak daripada AL-QURAN
  1.       Baca Al-quran (1 huruf = 10 kebajikan) 
  2.       Menghafal Al-quran.(Memadai surah-surah yang penting2) 
  3.       Fahami Al-Quran
  4.       Beramal dengan Al-Quran
  5.       Sampaikan apa yang dibaca, difahami dan telah diamal dengan al-quran kepada             orang lain.

Satu cerita berkenaan Saidina Umar, satu ketika beliau mendengar ayat al-quran dia jatuh rebah/pengsan.Orang menanyakan akan hal tersebut.Dia berkata, “Sesungguhnya aku faham akan makna Al-quran itu, sampai aku jatuh rebah atas perintah yang diamanahkan oleh Allah kepada ku dan kita semua.”

Saidina Umar juga, kadang-kadang dilihat bersedih muka.Kerana beliau teringat akan peristiwa pada zaman jahiliah dahulu, beliau menanam hidup-hidup anak perempuannya.Menyesal akan perbuatan tersebut.

Saidina Umar juga, telah memeluk Islam apabila beliau pulang ke rumah, dan telah mendengar adik perempuannya membaca Al-quran dari Surah Taha:1-5.Pada saat itu, Saidina Umar berjumpa dengan Rasullah untuk mengucap syahadah.

Lihatlah penangan Al-quran..Al-quran member cahaya, hidayah dan tunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Kawan-kawanku, akan sesiapa yang mencintai Al-quran, di dalam alam barzakh kelak akan ditemani oleh Al-quran.Tidak mahu kah kita ditemani dengan ayat suci al-quran. Tinggal di alam barzakh dengan hotel 5 bintang, 1o bintang..??Nanti bila panjang umur, didiklah bakal zuriat kita untuk mencintai al-quran...Dari kecil perlu didik, lama-lama jadi sebati dalam jiwa..

Satu kisah lagi yang ingin saya kongsi kan adalah mengenai Bilal bin Rabah iaitu seorang hamba abdi yang berkulit hitam ini. Rasullah berkata, aku dengari tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga.Lihatlah.Seorang hamba abdi ini, ketika masih hidup di dunia, telah kedengaran bunyi tapak kakinya di syurga.Betap cintanya pada ILLAHI.SUBHANALLAH.

 Amanah al-quran ke atas kita adalah menyampaikan apa  yang dibaca, difahami dan diamalkan dengan al-quran.Walaupun sepatah perkataan yyang kita pelajari, perlulah kita menyampaikannya.

Ingatlah...

CINTAILAH  AL-QURAN..AL-QURAN PEMBAWA CAHAYA

No comments:

Post a Comment